Monday, February 13, 2017

Pengalaman di Gambang Waterpark

#Throwback

Ini adalah entry tertangguh. Tertangguhnya bukan sekejap, tetapi sudah berkejap-kejap. Mungkin lebih setahun. Haha. Tetapi saya masih gagah untuk berkongsi gambar. Untuk berkongsi cerita, sudah tidak begitu relevan agaknya. Takut-takut informasi yang dibagi tidak tepat pula. 

Ini kali pertama saya ke Gambang. Ia sebuah tempat percutian yang besar dan sesuai untuk membawa anak-anak ketika musim cuti sekolah atau untuk mengadakan hari keluarga. Terdapat water-park, persembahan hiburan dan safari. Kanak-kanak pastinya gembira. Ada juga disediakan padang dan dewan. Jadi ia memang sesuai sesuai untuk seminar dan mesyuarat serta kem bina diri. Yang paling penting, ia ada singa!

Gambang sesuai untuk aktiviti keluarga kerana

1. Ada padang untuk melakukan sukan
2. Dewan untuk indoor aktiviti.
3. Bilik studio dan bilik apartment
4. Aktiviti persembahan malam pelbagai (Tarzan, red indian dll)
5. Tarikan singa putih (tak pasti masih ada atau tidak)
6. Safari 
7. Waterpark yang besar
8. Aktiviti berkuda

Bilik-bilik disini adalah selesa dan bersih.  Makanan juga pelbagai pilihan di sini.



































4 comments:

  1. yes..gambang memang best...dah 3 kali ke sana..Pernah jugak stay hotel dia..
    maklumlah gambang dekat je dgn rumah abang ipar

    ReplyDelete
  2. Waterpark dia kakak dah selalu pergi tapi safari dia tak pernah lagi sebab biasa kami on the way ke Pantai Timur.

    Teringin nak ke safari dia nampak mengujakan.

    ReplyDelete
  3. akak baru 2 kali sampai ke Gambang
    pertama hantar anak sulung ke UMP..kedua masa dia konvo hehe

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...