Friday, February 10, 2017

Pengalaman di Hotel 4 Points Sheraton Sandakan

Saya pergi kesini atas urusan kerja pada tahun lepas. Kerja itu bukan di Bandar Sandakan sebenarnya, tetapi di Beluran, Daerah Labuk Sugut. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih empat jam, sangat memenatkan tetapi dipenuhi warna-warna kehidupan dan pengalaman. Sepanjang perjalanan ke sana pemandangan dihiasi hutan-hutan tebal dan ladang-ladang kelapa sawit. Rumah penduduk kampung berjarak sangat jauh antara satu sama lain. Tetapi saya kagum kerana mereka boleh survive dengan baik walaupun berjauhan dari kemodenan bandar. Keadaan jalanraya, baik-baik sahaja. Dalam perjalanan balik, kami singgah seketika di satu selekoh melihat penjual yang menjual hasilan tanaman mereka. Saya tidak membeli kerana agak menyusahkan untuk membawa balik ke semenanjung.

Hotel Sheraton mungkin salah satu antara hotel yang terbaik di Sandakan. Mereka mempunyai pekerja-pekerja yang mesra dan kemudahan bilik yang selesa. Makanan yang disediakan juga adalah berkualiti dan ada standard. Selain itu, hotel ini sangat dekat dengan kemudahan kerana ia berada bersebelahan sahaja dengan pusat membeli belah. Di situ ada pasaraya, farmasi dan kedai-kedai makanan segera. Bank dan tempat perhentian teksi juga tidak jauh. Yang paling seronok, ia sangat dekat dengan pasar ikan yang sangat murah harganya. Kita boleh berjalan kaki sahaja untuk membeli. Disitupun ada kemudahan membungkus makanan laut dalam kotak untuk dibawa naik kapal terbang. Tetapi untuk tips, belilah ketika betul-betul hendak balik. Dan untuk selamat, bawa secara hand carry. Penerbangan Air Asia sebenarnya tidak membenarkan makanan laut dimasukkan ke luggage. Kalau anda terkantoi, ia amat menyusahkan. Mereka akan suruh anda keluarkan dan masukkan dalam kotak foam putih, serta di seal. Saya tidak pasti dengan MAS.

Ada beberapa tempat perlancongan menarik di Sandakan, tetapi saya tidak sempat pergi kerana kesuntukan masa. Antaranya ialah santuari monyet probosis yang sangat terkenal, santuari orang hutan di sepilok, pulau-pulau dan gua.

Gambar yang saya ambil kali ini agak tidak cantik kerana hanya menggunakan telefon bimbit. Walaupun membawa kamera, tetapi saya terlupa membawa baterinya. Itupun boleh. Hahaha.


Sandakan dari udara



dari depan hotel







pemandangan dari hotel

pemandangan dari hotel




durian sabah






makanan laut yang murah dan segar




6 comments:

  1. eh..macam lama je tak masuk blog kak zila ni...bestkan dapat tengan pemandangan pada waktu malam

    ReplyDelete
  2. bestnye....xpernah makan durian sabah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak.
    Wishlist Rose memang nak ke Sabah. Moga dapatla tercapai.
    Durian! Aih Rose tak boleh tengok aje durian-durian tu. Nak jugak. Hikhik.

    ReplyDelete
  4. zila..akak ingatkan dah tak berminat nak berblog lagi..lama tak update kan.

    ReplyDelete
  5. Suka dengan gambar pinggan tepi tingkap kaca tu. Sambil makan lihat pemandangan laut biru terbentang luas... teringat saya ketika belayar dengan cruise ke Phuket beberapa tahun sudah.

    Lama betul zila tinggalkan blog ni ye.

    ReplyDelete
  6. cantiknya view ... x de ke view rumah2 kampung sepanjang perjalanan ... heee ... nak tgk gak .

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...