Friday, February 10, 2017

Santai

Sebenarnya blog adalah satu medium yang sangat membantu untuk mencari pelbagai maklumat yang diinginkan terutama maklumat berkaitan perlancongan, penjagaan kesihatan, resepi dan sebagainya. namun ia bergantung kepada kerajinan, usaha dan keinginan blogger itu sendiri untuk mengupload cerita. Saya bukan dalam kategori rajin, sebab itu blog saya mempunyai satu jurang lompang yang sangat besar.

Tetapi akhir-akhir ini saya berfikir, alangkah ruginya tidak berkongsi pengalaman dan manfaat yang diperolehi dengan orang lain, biarpun hanya memaparkan gambar. Ini kerana, kadang-kadang kita bukan ingin tahu keseluruhan cerita, tetapi kita ingin mencari gambar-gambar untuk dijadikan rujukan, terutamanya dalam kategori perlancongan. Oleh itu selepas ini, saya cuba sedaya upaya saya untuk mengupload gambar-gambar tempat yang pernah saya pergi supaya ia boleh dijadikan panduan untuk orang lain.




3 comments:

  1. selamat menulis kembali ..:)
    last year cuma 1 entri ja..

    ReplyDelete
  2. Setuju Zila... kadang2 dari blog kawan2, n3nya santai-santai dan nampak biasa-biasa saja tapi bila kita hayati betul-betul ada juga yang boleh kita jadikan rujukan.

    ReplyDelete