sedikit catatan

Blog ini mungkin mempunyai entry-entry yang agak berat disamping kisah-kisah dan pengalaman yang telah saya lalui. Tujuan menulis adalah supaya tidak mudah lupa dan juga untuk berkongsi apa-apa yang dirasakan perlu.

Namun dalam pada itu, saya turut juga menulis tentang perkara-perkara yang menjadi minat seperti muzik, filem dan buku. Pemuzik kegemaran saya adalah Muse, Nirvana dan Coldplay, tetapi saya juga mendengar Greenday dan Linkin Park (kecuali lagu-lagu yang menyalahi moral, letak tepi).

Filem kegemaran saya adalah Vertical Limit, dialog paling saya ingat sampai kehari ini ialah "Tuhan tidak tanya berapa lama kita hidup dalam dunia ini, tetapi Tuhan akan tanya, berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini". Ada juga beberapa filem yang menjadi minat saya, tetapi saya tidak mampu nak senaraikan.

Ok, saya bukan seorang yang sangat agresif, tetapi dalam kebanyakan masa saya akan menilai semua sumber dan kesahihan berita-berita di dalam surat khabar, internet dan sebagainya sebelum mempercayai bulat-bulat.

Paling penting, saya hanyalah seorang manusia biasa. Walaupun banyak kata-kata mutiara dari orang-orang yang ada nama, jadilah orang yang luar biasa, tetapi saya lebih selesa menjadi orang biasa. Yang penting saya bahagia.

Saya tak banyak harta benda untuk di sumbangkan kepada masyarakat dan dunia, jadi saya memilih untuk menulis blog, dengan harapan kalau ada ilmu yang dapat saya sebarkan, saya akan sebarkan untuk kegunaan semua orang.

Mungkin tidak semua orang suka dengan apa yang saya tulis, tetapi itu adalah adat dunia, kita tidak boleh memaksa orang lain suka dengan apa yang kita suka.

Dengan ini, saya ingin menyeru agar semua masyarakat di Malaysia agar selalu bersatu untuk memajukan dan memakmurkan negara ini tidak kira walau apapun pegangan politik anda sekalian.

Sekian terima kasih

2 comments:

  1. kak.salam perkenalan.. akak follower ke 200.. ayu ada review sikit kat blog, :)

    ReplyDelete
  2. salam....selamat pagi...moga2 akak ceria selalu amin

    ReplyDelete

Hai, Nama saya Zila, silakan...